::N u r H a n i s::
D'Owner!

Navigation : Hover the image



Entries About

Assalamualaikum. Peminat colour pink dan merah. I'm Anies. :)


Tagboard!

Put your CBOX codes here!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Nur Hanis
Others:   


Selamat Hari Raya

dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ;)
Hai , apa colour baju kauorang untuk raya tahun ni ? Baju raya Anies colour Purple :) Ada sama dengan kauorang tak ? HEHE . 
Maaf dah raya ketiga baru nak updet blog , sorry k sorry , i'm bussy lah sayang dengan raya tahun ni . Wahaha :3
Tahun ni , kauorang raya mana ? nak tahu jugak . lol . Anies raya dekat Batu Pahat,Johor jee . 
Amacam kauorang dengan raya tahun ni ? best tak ? HAHA .

___________________________________________________________________________

19/8/2012 adalah hari Ahad iaitu harinya Hari Raya Aidilfitri . Allhamdullilah tahun ini Anies dapat menyambutnya lagi , entah tahun depan Anies dapat menyambutnya lagi ke tidak . Sebelum raya senang kata malam raya tu lah , Anies dengan ibu , adik , pakcik and nenek Anies pergi Pasar dekat Parit Sulong . Pukul 11.30 malam . Ya Allah , ramai orang dekat situ . Nak berjalan pun kena berhempet-hempet , sakit kaki Anies . Tapi apapun best lah jugak , pukul 12 tengah malam tuh dapat tengok bunga api . HAHA . Ingatkan nak amek gambar tapi tak sempat , ramai orang . Hehe . Habis pusing berjalan dekat Parit Sulong , kitaorang pun balik . Hurmm dalam pukul 1 pagi sampai dekat rumah :)

Sampai rumah , dalam 10 or 15 minit tuh ayah pun sampai rumah . Riuhh pulak rumahnya . Sebelum tidur tuh , Anies iron baju raya dulu . Takut tak sempat . Hehe . Iron tudung , baju Anies and my sister . 
Last -last tidur pukul 2 pagi . Bammmmmm ! Anies katil . K good night . HAHA .

____________________________________________________________________________

Pagi raya ;)
Ibu kejut pukul 6.15 pagi suruh solat subuh . Bagun je dari katil , terhuyung hayang macam apa entah . Haha . Penat sangat . Bagun tidur atas meja dekat ruang tengah , sempat lagi tau . Lepastuh , ibu pukul suruh pergi bilik air sebab waktu solat dah nak habis . Pergi bilik air ambil wuduk terus peri solat , lepas solat terus tidur atas sejadah dengan pakai telekung sekali . Hehe . Sedar dah pukul 7.30 pagi lari pergi katil balik . Last-last sedar dah pukul 9.00 pagi , dah ibu dok bising suruh bagun . Bagun pun mata tuh masih ngantuk lagi , entah tak tahu kenapa . Bagun pergi dapur tengok ibu masak apa , nampak ayam goreng amek terus makan . Wahaha . Lepas makan , barulah Anies mandi . Segar badan sikit . Jyeahhhhhh ! lepas mandi dapat pakai baju raya baru . Colour purple . Allhamdullilah .

Sampai sini je Anies dapat cerita dekat kauorang , tu pun ada yang tak suka kan . Hehe . Malas pula nak cerita panjang-panjang . 
______________________________________________________________________________


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin . Maafkan salah silap Anies , jika ada buat salah dekat kauorang ke . Kosong kosong je ae . Hehe . Harap maafkan sempena hari yang mulia ini . InsyaAllah :)