::N u r H a n i s::
D'Owner!

Navigation : Hover the image



Entries About

Assalamualaikum. Peminat colour pink dan merah. I'm Anies. :)


Tagboard!

Put your CBOX codes here!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Nur Hanis
Others:   


Giveaway Akhir Tahun 2012 Dan Awal Tahun 2013


Click banner untuk join :D

Selamat malam semua.
Nak join GA ni? senang je hanya click banner dekat atas tuh je ;)
Btw, syarat-syarat semua Anies dah ikut :)

Kenangan atau peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang 2012

Jeng-jeng. Ehemm3, testing testing 12310. 
Peristiwa yang tak dapat Anies lupakan sepanjang 2012 ini agak sedih bagi Anies berbanding tahun lepas lepas lepasnya. Tak tahu nak mula dari mana. Tapi dari sini jelahh. Umur Anies 14 tahun dan tahun depan 15. Semasa akhir sekolah iaitu hari Jumaat, sahabat karib Anies mengalami hilang ingatan tapi tak semua lah, bagi Anies macam 30%. Sebelum pergi sekolah tuh, Anies minta izin dulu dengan ibu Anies nak bawa camera. Jyeah! ibu Anies izinkan. Dekat rumah, sebelum pergi sekolah. Anies dah plan, nanti dekat sekolah nak snap gambar sama-sama dengan sahabat karib Anies. nak buat kenangan sebab tahun depan Anies nak pindah sekolah.

Sampai je dekat sekolah. Hati dah gembira, meloncat-loncat. Anies cari sahabat karib Anies, pergi cari satu sekolah. Akhirnya Anies jumpa sahabat karib Anies di dewan. Jyeahh! muka Anies dah senyum lebar dari jauh. Tak sabar nak snap gambar dengan sahabat karib Anies banyak-banyak. Tapi, bila Anies menghampiri sahabat karib Anies tuh dia diam je. Bukan apa, selalu kalau nampak Anies terus salam, berbual, ajak jalan-jalan tapi ini tak. Anies pun tersinggung. Dia tak layan Anies pun, dia layan budak-budak lain. Anies sedih. Seriously, time tuh Anies nangis. Taktahu nak cakap apa. Time Anies nangis, dia tak pujuk Anies pun, dia cuma saja je. Sentap weyhh sentap masa tuh.

Camera yang dekat tangan Anies, terus Anies bagi dekat kawan Anies. Anies cakap dekat kawan Anies. Kau pergilah snap gambar budak-budak lain. Anies terus nangis je sepanjang hari tuh. Semua yang Anies plan dari rumah. Anies batalkan. So, untuk tahun ini Anies takde gambar dengan dia. Tak lupa juga, sebelum kejadian ini jadi. Bulan 12 ni, dia nak ajak Anies pergi MALL, dia  nak jalan-jalan dengan Anies. Nak berkaroeka, tengok wayang, shopping tapi bila Anies tanya dekat dia. Dia tak ingat :'( Anies sedih sangat-sangat. Tak tahu nak cakap apa lagi. Anies takde mood lagi :(

Kawan-kawan Anies cuba sokong Anies. Diaorang cakap, kau kena kuat. Kau tak boleh macam ni. Mybe ini dugaan untuk kau. Yup, Anies memang kena kuat! Selepas je solat, Anies mesti doakan untuk sahabat karib Anies :) Anies harap, dia boleh sihat macam dulu lagi :D Amin..

Harapan atau impian atau wish kauorang untuk tahun baru ini

Untuk tahun ni, iaitu tahun 2013 Anies nak belajar betul-betul, Anies tak nak kecewakan ibu bapa Anies, nak jadi anak yang solehah. PMR Anies nak dapatkan 9A kalau tak dapat 9A, 8A or 7A pun jadilahh. hehe. Dah hubungan Anies dengan ALLAH SWT bertambah rapat lagi. InsyaAllah ^^

Oky, setakat ini sahaja. Sekarang pun dah nak pukul 12. Anies nak off dulu. Bye bye. 

Makan rambutan tercekik di halkum,
Anies minta diri dulu Assalamualaikum :D

TARIKH TAMAT: 24/1/2013