D'Owner! Tagboard! Credits!
| Netball :'(
Assalamualaikum semua. Semoga dalam keadaan sihat dan dalam perlindungan Allah s.wt.
Hari ni aku nak cerita sikit lah dekat kauorang semua. Maklumlah, aku dah lama gilaaaaaaa tak bukak blog aku ni. Ni tadi aku baru bukak, fulamakkkkk berhabuk gilaaaa blog aku, banyak spider, spiderman pun ada tauuu. Haaa lepas ni baru aku nak kemas, aku baru nak sembur dengan perfume aku ni. Biar wangi. Keh3. Tapi sebelum tuh aku nak post something kat kauorang. Agak sedih lah bagi aku cerita ni. Yelahhh ni cerita pasal diri aku, petang tadi baru terjadi. :') Actually aku nak masuk sangat pergi Ihtifal Riyadhi peringkat negeri tuh. Walaupun last year aku dah masuk pergi peringkat negeri dekat SMA Segamat kut tak silap aku tapi yang penting kat Segamat lah, tahun ni aku pun nak jugak tapi tak dapat. Tahun ni ihtifal dekat SMA Kota Tinggi. Aku pun tak tahu macam mana pengadil tuh pilih. Btw pengadil dari luar. Kalau cikgu yang pilih, maybe aku pergi. Hmmmm, tapi nak buat macam mana kan dah tak dapat nak pergi negeri. Aku dapat pergi daerah je, peringkat mssd. Dah lah aku tak suka peringkat mssd. Ni nak kena masuk bulan 5/6 ni. Haihhh. Sedih gilaaaaa ahh. Ni lah moment yang paling aku tak boleh lupakan xD Bila tadi pengadil luar tuh buat pemilihan siapa yang dapat pergi Ihtifal. Bila aku tak dapat pergi, down gilaaaaa aku. Nak nangis tau time tuh, tapi nak buat macam mana aku tahan. Aku senyum je. Tuh pun fake. Pekhhhh gilaaaa ahhh. Terasa sampai sekarang. Bukan apa, dah daripada ihtifal kat sekolah aku habis, setiap hari isnin atau selasa, aku datang training sampai pukul 5. Tup tup tup, time buat pemilihan tak dapat. Tapi akak sorang ni, form 5, dia datang baru tadi dah dapat. Mana tak MENANGIS aku dibuatnya. Hanya Allah je lah yang tahu. Huhu. Balik je dari sekolah, time dalam kereta, aku cerita semuanya kat ibu aku. Aku cakap aku tak nak masuk mssd aku nak masuk negeri. Tapi ibu aku cakap. Takpe lah kak, masuk je mssd, tahun lepas kan dah masuk negeri, tahun ni masuk lah pula mssd. Aku cuma diam je. Seriously time tuh aku betul betul nangis. Sedih sangat. Hmmmm. :') Kat rumah, aku nak makan pun dah tak ada selera. Netball punya pasal lah ni. Malas dah aku nak datang training untuk mssd nanti. Tuh pun kalau kena paksa baru aku nak datang kalau tak, memang aku tak nak datang lah. Kecewa tahap abadi gila gabannnnnnn >,<
#Throwback
Oky lah. Aku tak sanggup nak cerita panjang panjang lagi. Cukup lah cuma ni je. Ada masa nanti, aku post lah apa apa kat blog aku ni. Byeebyeee. Assalamualaikum. :') p/s: Selalu orang sedih sebab putus cinta Tapi aku sedih sebab bola jaring. :') |