::N u r H a n i s::
D'Owner!

Navigation : Hover the image



Entries About

Assalamualaikum. Peminat colour pink dan merah. I'm Anies. :)


Tagboard!

Put your CBOX codes here!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Nur Hanis
Others:   


SWEET SOUR MEMORY

Assalamualaikum
Good Morning

Fuhhhhh ... dah lama tak buka blog. Haha. Ni pun baru ada masa. Maklumlah dapat mc 3 hari doktor bagi. So duduk relax je kat rumah. Eh tak relax banyak homework kena buat. Ingat aku tak datang sekolah tak ada homework ke? Ada okayyy, aku pergi tanya kat diaorang homework hari ini apa dan apa, entah mungkin diaorang sampai bengang dengan aku kut. Asal mesej je aku tanya homework. Haha, bukan apa aku tak nak ketinggalan pembelajaran. Tahun ni nak spm oiiii, aku tak nak menyesal dihari kemudian. Biar tahun ni nak pecah otak ke nak pecah kepala ke nak pecah segala pecah ke yang penting nanti biar result kita pecah lagi pecahhh, haaaa tak gituhhh. Haihh aku sakit sakit ni rasa nak pergi sekolah je tauuu, dah banyak yang tertinggal dah, dengan kelas malamnya lagi. Emem. Redha jelahhh. Study sendiri gituhhh. Kahkahkah.

Nak throwback sikit ni, hari tuh kan minggu minggu lepas lepasnya bila ek, time hari ihtifal ilmi kat Mersing tuh kan, aku jumpa orang yang aku sayang. Hahaha. Gembira lahh uiii. Cehhh. Mana tak gembira dah lama gila tak nampak dengan mata aku sendiri, sekali nampak, huisshhhh AstagfiruaAllahadzim. Kawan kat sebelah aku pun boleh aku terabaikan. Hahaha, ada nampak kan kesengalan aku disituhh. Melampauu uiii. Takpeee, hilang rindu ni. Kahkahkah. *yang nak muntah tuh silakan* Okay tuh je :D yang penting aku happy dapat tengok diaaa. #ambam

Ni story untuk hari ini. Nak buat karangan mestilah ada pendahuluan kan? So tadi tuh mukadimah jee :)
Kalau kau kau kau kauorang nak tahu lah kan, 26/4 adalah hari bersejarah buat aku. Haha why? operation. haha yesss, tak sangka kena operate. Actually dah lama dah buat temu janji dengan doktor yang ensem ensem semua tuh tapi dapat tarikhnya bulan 4. So terima jelahhh.
Ingat lagi pukul 7 pagi dah gerak dari rumah mula mula nak pergi 6.30 pagi tapi ibu duk uruskan adik nak pergi sekolah semua so terlajak lah sampai pukul 7. Alhamdullilah lah perjalanan masa nak pergi hospital tuh tenang je. Kenderaan tak banyak sangat lah. Dalam kereta aku dengan ibu je. tuh pun tak berbual sangat cuma era fm je yang bising. Haha, takdalah senyap je. Maklumlah ibu tak suka time diadrive kita kacau. Yg akuniduk main handphone je dengan fikir apa lah nasib aku nanti kat hospital. Sakit ke tak ek time kena operate nanti. Sampai je hospital dalam pukul 7.45 pagi. Tunggu punya tunggu dalam 20 minit jugak lahh. ibu busy gila uruskan aku. Sian pun ada, dah lah ibu terpaksa amek cuti, so tak kerja lah ibu masa hari Ahad tuh. Aku ni duduk diam jelah, maklumlah taktahu apa apa. Hahaha. Dekat pukul 8.45 tuh nurse suruh berkumpul bagi sesiapa yang nak operate tuh, dia sebut namanya sorang sorang termasuk aku. Jengg jenggg jengg, aku kena gerak ke Pakar 6 dekat dengan dewan bedah. Huishhh dedor je rasa. Haha. Dia suruh salin baju apa semua. Aku nak pakai tudung dengan stokin nurse tuh tak bagi, huishhh kedekut dohh, haihhh -,- Lepastuh dia suruh buka barang yang berharga then bagi kat waris tapi aku dengan selambanya pakai je jam dan gelang aku tuh. Hahaha. Nakal kan? Lepas kena salin baju tuh, doktor lelaki ni panggil aku, intro lah apa lah, tanya ini lah apa lah. Lepastuh duduk balik dalam bilik persalinan tuh, tak lama tuh kena panggil lagi, sebab doktor doktor nak tengok kaki aku, ramai jugak lah, yang cakap nak operate macam mana ni? square ke circle ke or what? - doktor speaking kan? haha. then barulah aku dipersilakan masuk ke bilik pembedahan. Husihhh sejuknyaaaaa, dia buka air con ni berapa darjah celcius ni, adududu. Pasue suruh aku baring, haaaa time ni nak kena enject bius, Allah sakit weiiiii, dekat 7 kali nurse tuh pergi cucuk, sekeliling kaki aku agaknya, tengah kena cucuk tuh boleh pula nurse yang lagi satu ni ajak aku berbual, dah lah tengah tahan sakit lepastuh kena ajak bual, aduhhhh dalam hati aku sumpah serana. Hahaha. Yang penting tak nangis okay cuma air mata keluar je. Hehe. Anies kena kuat gituhh. Kahkahkah.
Seterusnya barulah kena operate, masa tengah operate tuh aku dah macam apa dah, bosan gilaaa, baring gituhhh tengok lampu je tak habis habis *dalam hati* tahu tadi bawa handphone. Serious bosannnn gilaa asyik tengok jam je aku buat sebab taktahu nak buat apa. Untung operationnya tak lama, dalam 30 minit je. Agaknya lah, yang paling lama sebab nak jahit, tuh jeee. Alhamdullilah lah operation aku berjalan dengan lancar. Hihi. Lepas siap semua tuh, kaki dah kena balut dia suruh aku bangun, agak susah lah nak jalan, then salin baju apa semua. Nurse tuh panggil aku lagi bagi surat mc, surat temu janji lagi dan sebagainya. Amek ubat sattt then balikkkk. Haha. Okay tamat. Doakan aku cepat sembuh okay, aku rindu nak lari aku rindu nak rider motor aku rindu nak jalan jalan jauh aku rindu dengan keaktivean aku yang dulu dulu. Sekarang aku dah tak boleh banyak bergerak, buat kerja lasak pun dah tak boleh, nak sembuh ambil masa yang lama berbulan bulan, berbulan bulan tuh bagi aku tuh lama. hoho. okay lah tata :')


-publish-

Okay setakat ini saja.
Bye
Assalamualaikum